Thursday 17 December 2015

ii. Sistem sokongan kewangan dan bukan kewangan yang diberikan oleh kerajaan dan bukan kerajaan bagi pembangunan usahawan francais.




Secara kasarnya, bantuan sokongan yang disediakan oleh institusi kewangan dan pihak kerajaan dapat dipecahkan kepada empat bahagian iaitu:
 1. Peluang-peluang perniagaan dan pemasaran
 2. Kemudahan pembiayaan dan kewangan
 3. Khidmat runding cara
 4. Skim latihan keusahawanan
 5. Penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Bantuan dalam bentuk peluang-peluang perniagaan dan pemasaran diberi melalui badan-badan dan agensi-agensi kerajaan. Peluang-peluang perniagaan dan pemasaran terbahagi kepada dua peringkat iaitu:
 1. Peringkat dalam negara
 2. Peringkat antarabangsa

Pada peringkat dalam negara, terdapat konsep yang khusus bagi membantu pengusaha-pengusaha kecil mendapatkan peluang-peluang perniagaan. Agensi-agensi dan badan kerajaan yang terlibat dengan konsep payung ini ialah Persatuan Kontraktor yang sebelum ini dikenali sebagai PESAKABUMI di bawah Kementerian Kerja Raya, Majlis Amanah Rakyat atau MARA melalui Kayu Sedia, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian melalui Unit Penyertaan Bumiputera, FAMA, Bank Pembangunan Malaysia Berhad melalui Besta Distributors dan Prosper melalui Kementerian Pembangunan Usahawan.

Pada peringkat antarabangsa, peluang-peluang perniagaan dan pemasaran dikendalikan oleh MATRADE atau Perdagangan Antarabangsa Malaysia. MATRADE melalui rantaian pesuruhjaya perdagangannya di seluruh dunia termasuk di beberapa buah negara Eropah, Amerika Syarikat, Amerika Selatan dan Timur Tengah, Asia Timur dan Asia Tenggara menyediakan maklumat-maklumat mengenai peluang-peluang import dan eksport di peringkat antarabangsa.

Kemudahan pembiayaan kewangan untuk modal tetap dan modal pusingan perniagaan disediakan oleh institusi-institusi kewangan dan agensi serta badan kerajaan yang tertentu sahaja. Institusi-institusi kewangan terdiri daripada bank-bank perdagangan, syarikat-syarikat kewangan, syarikat-syarikat sewa pajak dan syarikat pemfaktoran. Syarikat-syarikat dan bank yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan yang menjalankan urusan pinjaman ditakrifkan sebagai institusi kewangan. Syarikat-syarikat yang terlibat ialah MIDF atau Malaysian Industrial Development Finance dan Pembangunan Leasing Sendirian Berhad. Bank-bank yang berkaitan ialah Bank Pertanian Malaysia Berhad, Industrial Development Bank, Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Sabah Development Bank dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad.

Bank Islam Malaysia Berhad yang turut terlibat dalam memberi kemudahan kewangan kepada sektor perniagaan dan perindustrian bagi mengukuhkan lagi kegiatan urusan bank dan perniagaan secara keseluruhan. Institusi-institusi kewangan menyediakan lapan kemudahan utama untuk kegunaan perniagaan iaitu:
 1. Overdraf Bank
 2. Pinjaman Bermasa
 3. Skim Pinjaman Khas (CGC)
 4. Tabung Pelaburan Baru
 5. Kemudahan Diskaun Akaun Belum Terima
 6. Surat Kredit
 7. Sewa Pajak
 8. Sewa Beli

Agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam mengendalikan kursus keusahawanan ini ialah:
 1. Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC, UiTM)
 2. Pusat Daya Pengeluaran Negara (NPC)
 3. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
4. Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)
 5. Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan

Kemudahan dan Bantuan
A Bantuan Kewangan serta Agensi yang Terlibat
► Bantuan kewangan boleh diberi dalam bentuk wang, subsidi dan pinjaman.
► Bantuan pinjaman boleh disalurkan melalui tiga agensi berikut iaitu agensi kerajaan, badan berkanun dan pihak swasta.
► Agensi kerajaan yang menawarkan bantuan kewangan ialah Kementerian Pembanguna Usahawan. Contoh bantuan yang disediakan seperti :
• Amanah Ikhtiar – pinjaman antara RM 500 hingga RM 10 000
• Tabung Bantuan Usahawan Kecil – pinjaman antara RM 10 000 hingga RM 50 000.
• Tabung Pemulihan Usahawan menyediakan kemudahan kewangan untuk usahawan kecil dan sederhana (IKS).
• Tabung Usahawan Baru
• Tabung Bantuan Teknikal Perindustrian (ITAF)
• Tabung Pembangunan Asean – Jepun ; Galakan dalm sektor pembuatan, pertanian dan pelancongan.
► Badan-badan berkanun – menawarkan bantuan kewangan kepada golongan usahawan seperti berikut :
• Majlis Amanah Rakyat (MARA) – menyediakan bantuan kewangan untuk usahawan bumiputera.
• Bank Pembangunan – Bank Pembanguna Malaysia Berhad, Bank Pertanian Malaysia Berhad dan Bank Industri Malaysia Berhad.
• Perbadanan Jaminan Kredit Malaysia (CGC) – Malaysia Credit Finance Bhd, Public Finance Bhd dan OCBC Finance Bhd.
► Pihak swasta yang menawarkan bantuan kewangan kepada golongan usahawan seperti berikut :• Bank Perdagangan – Malayan Banking Bhd, BSN Commercial Bhd dan Bank Islam Malaysia Berhad

• Syarikat kewangan berlesen – Am Fiannce Bhd dan Asia Commercial Finance Malaysia Bhd.

No comments:

Post a Comment